Singgah Makan Di Kedai Makan Haji Yahya, Ipoh | Kisah bersambung dari cerita kami balik kampung untuk kenduri adik beradik DH dan kemudian kami hantar Ayong ke Lenggong yang bertugas menjaga peperiksaan. Dah alang-alang kat Lengong kami menginap di Kuak Hill Resort.


Kedah - Lenggong

Baca  : Berglaming di Kuak Hill Resort


Kami check out awal dari Kuak sebab tak nak bersesak dalam jem dan esoknya semua akan kembali bekerja kecuali umi la yang tak perlu nak apply cuti tahunan atau cuti sakit.


Dataran Tasik Raban

Singgah Makan Di Kedai Makan Haji Yahya, Ipoh

Sempat kami singgah kat Dataran Tasik Raban ni dan seperti biasa sesi berfoto la sekejap sebagai momentos kami sebab tak tahu bila lagi boleh ke sini walau teringin nak ke sini lagi dengan adik beradik yang lain.


Perjalanan nampak cantik dan tenang jer so DH cakap kita singgah makan di Ipoh. Wah Ipoh lagi kan. Memang kalau ikutkan memang kami nak ke bermalam di Ipoh sebab nak ke Pasar Karat dan jalan-jalan kat bandar Ipoh tapi program berubah dan kami puashati kat Kuak.


Makan Di Restoran Haji Yahya, Ipoh

Rupanya DH nak bawa kami makan kat Kedai Makan Haji Yahya yang betul-betul sebelah Kedai Mee Kari Mat Jasak yang kami singgah untuk makan malam tempohhari. Bila dah sampai baru teringat yang kami pernah makan kat sini dulu masa buat review hotel Putrade, patutnya kami makan di nasi ganja tapi last minute tukar ke sini.


Baca : Makan Malam di Mee Kari Mat Jasak


Memang meriah makanan kat sini dengan pelbagai lauk pauk yang tersedia, dan pelanggan pulak sediakan duit untuk membayar nanti


Baca : Menginap Di Putrade Ipoh


Singgah Makan Di Kedai Makan Haji Yahya, Ipoh

Memang rambang mata tengok lauk pauk kat sini dan so far memang menepati selera. Total yang kami makan sebanyak RM64 dan ehh KY Amanda belanja pulak tuu. Syukur, Alhamdulillah.


Ruangan tempat duduk di kedai ni tak berapa banyak dan kita boleh pilih nak duduk di luar atau di bahagian yang berhawa dingin yang menempatkan tempat kita membuat pembayaran. 


Singgah Makan Di Kedai Makan Haji Yahya, Ipoh

Baru baru sebahagian lauk-pauk masakan Melayu dan ada banyak pilihan ulaman, sambal belacan, sambal tempoyak, budu, air asam dan banyak lagi.


Singgah Makan Di Kedai Makan Haji Yahya, Ipoh

Singgah Makan Di Kedai Makan Haji Yahya, Ipoh


Dah jadi kebiasaan kami akan tindankan pinggan supaya memudahkan pelayan untuk mengangkatnya.


Singgah Makan Di Kedai Makan Haji Yahya, Ipoh

Perut dah kenyang jadi perjalanan yang masih berbaki harus diteruskan untuk pulang ke Kuala Lumpur.


Alang-alang dah kat Perak dan melalui jalan lama, kami singgah ke tempat bersejarah yang cukup ramai orang singgah untuk bergambar.


Tunggu next entri ya.


Alamak, nampak gayanya dah macam berbab-bab pulak dan cerita balik kampung sebelum raya pun ada 1 part lagi rasanya. 


Jadi, kalau ke Ipoh dan nak cari makan waktu tengahhari, singgah makan di Kedai Makan Haji Yahya, Ipoh ni sebab lauknya yang pelbagai dan banyak lagi.


Lokasi Kedai Makan Haji Yahya

Restoran Haji Yahya di Ipoh terletak di 118057 Persimpangan, Jalan Datuk Onn Jaafar, 30300 Ipoh, Perak. 

Kedai ini menghidangkan lebih 50 menu sajian nasi campur makanan tengah hari tradisi turun temurun sejak tahun 1973.