Sarapan Pagi Di Restoran Azira Shah Alam | lama tak sarapan pagi jauh sejak sibuk dengan rutin Isnin hingga Jumaat di rumah bonda, Sabtu pulak hari membeli barangan basah dan Ahad pulak hari untuk rehat sebelum mula bertugas hari Isnin nanti. Bukan tak rindu, rindu sangat tapi tanggungjawab untuk bonda kena didahulukan. 


Memang cuba tak nak ke mana-mana hari Sabtu atau Ahad kecuali ada keperluan, sebab 2 hari tu la nak tenang, nak tengok apa yang boleh nak dikemaskan tapi selalunya tersasar jugak sebab kalau nak mengemas asingkan pakaian lama untuk dibuang atau di hantar ke peti Kloth tu memang ambil masa seharian.


Begitulah kisah mak-mak yang punya anak ramai ni, lain mak, lain kisahnya, lain kesibukkannya, lain ragamnya. Kalau ada suami yang sudi membantu, maka ringanlah tugasannya, kalau memang tak rehatnya.



Restoran Azira Shah Alam
Sarapan Pagi Di Restoran Azira Shah Alam


Baru-baru ni umi berkesempatan breakfast jauh di Shah Alam sebab anak yang no 4 tu kena hadiri kelas face to face di UiTM Shah Alam. Jadinya DH dah siap-siap berpesan, siapa nak ikut kena keluar jam 7.30 pagi walau kelasnya mula jam 10 pagi, sebab nak bawa sarapan di Shah Alam.


Kata DH lagi, kedai makan tu selalu penuh, jadi kalau lewat memang payah nak dapat tempat duduk. Mujur perjalanan kami ke sana pun agak smooth, jalan pun tak banyak kenderaan.


Waktu sampai tu tak nampak pun kedai, dok bertanya mana kedainya sebab DH parking kat kawasan perumahan. DH kalau nak park berdekatan restoran Azira ni memang payah nak dapat, jadi sementara nampak ada ruang kosong, kena grab. 


Masuk je kat kedai ni, memang rambang mata dengan segala macam sajian untuk sarapan, dengan kuih-muih yang di susun untuk dipilih.

Kata DH, survey dulu sebelum nak ambil. Dah survey pun dok rambang mata, nak tu nak ini. 

Bila dah ambil makanan tu, kena beratur pulak untuk membuat pembayaran.

Ruang makan kat sini memang luas tapi kalau lewat memang kena tunggu la juga sebab pengunjung pun ramai. Jadi waktu sampai tu, DH siap-siap book tempat sementara kami survey makanan.




Memang nampak semua sedap dan semua nak dicuba, tapi tak bagi expectation tinggi walau teruja dengan lempeng kelapa, roti jala, nasi dagang, nasi kerabu, laksam dan banyak lagi la.


Umi memang minat lontong tapi lontong tu boleh jer la sebab tak ada suhun, tauhu goreng, so memang 2.5/5 jer

DH ambil roti jala dan lempeng kelapa, not bad tapi bab kari tu memang out walau pekat tapi manis, almaklumlah kedai makan orang Pantai Timur

KC Iman makan roti sardin, just ok kata dia sebab kalau roti canai ni, kuah memainkan peranan kan.

Cik Meya dan Cikapplepie makan nasi lemak, so tak tanya diaorang sebab ayam goreng memang sentiasa sedap asal dimasak sempurna.


Apa pun harga yang kami bayar untuk 5 orang kami tidak sampai RM60 pun. Jadi agak berbaloi.




Ni sebahagian dari harga yang dipamerkan di dinding kedai, jadi kalau nak mengambil makanan tu boleh tau berapa harga sebelum nak ambil makan ya.


Bila dah makan banyak ni esok lusa boleh mulakan makan dengan lebih berdisiplin dan cuba menu diet bukan semata untuk kurus tapi untuk kesihatan badan.





Jujurnya memang umi ralat dengan tapai ubi kayu yang DH belikan buat cik Meya. Kata DH tapai ni bagi menggantikan tapai yang dibeli di Pasar Datuk Keramat yang tak boleh diterima rasanya.

Bila umi buka bekas tapai ni nampak putih-putih dan DH ke kaunter untuk menanya tapi kata wanita di kaunter, memang tapai ubi kayu memang sebegitu. 





Nota : citarasa kita tak sama, mungkin sedap pada orang lain tidak pada umi dan sebaliknya.


Selesai sarapan, kami gerak ke UiTM hantar KC Iman sementara kami ke lokasi lain cuci mata sebelum nak jemput bila selesai kelas dia.



Kalau ada sesiapa yang nak ke sini, boleh waze seperti alamat dibawah 


Restoran Azira, 5, Jalan Ceongsam 10/11, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor. 
Waktu perniagaan : Jam 7 pagi hingga 7 malam