Kalau dulu bila teringin nak makan martabak manis dari Tetangga Kita, kena fikir dua tiga kali sebab nak pergi beli jauh, nak guna delivery servis pun mahal sebab lokasi kedai Tetangga Kita terletak di Hartamas.
Tetangga Kita
Tetangga Kita ni satu jenama dari Indonesia yang sangat popular dengan street snack yang menyajikan martabak manis yang sama macam apam balik disini.
Kali pertama makan martabak manis ni semasa Tetangga Kita hasil kolaborasi dengan The Hope Branch, baca sini
Bezanya martabak di sini menyajikan bukan hanya citarasa manis tapi juga perisa savori dan sama macam apam balik yang boleh dipilih iaitu jenis tebal lembut atau nipis dan rangup.
Tetangga Kita Di The Campus
Hari tu sebelum puasa, kami ke Ampang Point Shopping Complex untuk cari baju sempena Hari Raya Aidil Fitri dan waktu nak balik tu anak-anak minta habibi singgah ke The Campus yang dulunya ISKL
Ampang Point dan sekitar kawasan sini memang cukup umi kenali sebab kat kawasan sinilah kerja yang paling umi cukup suka dengan pengalaman manis lebih 5 tahun bekerja dengan AEG Westinghouse, kontraktor pembina STAR LRT, LRT pertama di Malaysia.
Kot kalau jumpa gambar lama bekerja kat sini, mungkin ada entri la kot.
Berbalik pasal The Campus Ampang ini dulunya bekas tapak International School Kuala Lumpur (ISKL) yang telah dibuah suai menjadi ruang komuniti yang meriah.
Menu Tetangga Kita
Apa Yang Ada Di The Campus, Ampang
1. Kedai runcit premium Qra Grocer & Bakery dengan sudut gaya hidup & minuman kesihatan
Selain kedai serbaneka myNEWS, ada banyak kafe, gelato dan bakery seperti Taffy Gelato, Piccoli Lotti, Universal Bakehouse, Jibby Chow dan Eg’s Wok Kitchen yang terdapat dalam The Campus tapi kami tak masuk pun. Mungkin lain kali.
Ruang yang merupakan bekas kantin sekolah kini dikenali sebagai The Playground, tempat untuk workshop, bazar, dan pop-up market. Lokasi sering digunakan untuk acara seni, muzik, dan aktiviti komuniti kreatif.
Memandangkan ia merupakan tapak ISKL, jadi terdapat kemudahan sukan dan pendidikan seperti padang bola, gelanggang bola keranjang, dan kolam renang (kelas renang dijalankan). Ada juga aktiviti kesihatan dan seni di sini.
Disini juga ada ruang untuk perniagaan fesyen tempatan, barangan rumah dan studio kreatif.
Tempat ni memang jadi tempat tumpuan untuk remote work.
.
Lokasi & Akses
Terletak di Lot 7706, Jalan Kolam Air Lama, Hulu Kelang, Ampang, Selangor, mudah dicapai memandu atau e-hailing dari stesen LRT Ampang (kira‑kira 25 minit berjalan + 10 minit e‑hailing) atau anda boleh parkir di tapak yang luas dan masih PERCUMA.
6 Comments
Terima kasih kerana berkongsi tempat baru dengan menu yang menarik ini. Mula-mula memang ingatkan macam murtabak biasa rupanya lebih kepada apam balik. Kalau dibuat perasa coklat memanglah sedap jadinya.
ReplyDeletetry la nanti..memang rasa pun mcm apam balik tak macam murtabak yang biasa yg berkulit nipis yg dicanai sebelum dimasukkan daging, bawang etc etc..
DeleteTak pernah try lagi kak....tertarik tgk....
ReplyDeleterecommended..kalau ada kat area Ampang atau Hartamas, boleh cari kedai Tetangga Kita
DeletePas baca namanya, saya tahu ini pasti Indonesia food. Karena di Malaysia sebutnya Jiran kan, tak pernah tetangga
ReplyDeleteTapi saya cari tetangga kita di jakarta , buka di mana, tapi tak ada 🤣. Berarti dia memang hanya buka di Malaysia yaa?
Cuma kalo martabak manis dan gurih seperti itu, memang banyaaak sangat lah kak di sini. Harga dari yg murah sampai yg premium. Kalo premium biasanya pakai butter , bukan margarine. Saya lebih suka yg gurih atau savoury, drpd yg manis
Kalau Fann ke Malaysia, cari kedai Tetangga Kita, ada manis dan savoury juga
DeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!