We made it! We survived! Alhamdulillah, 1 November yang baru beberapa hari berlalu menjadi tarikh yang sentiasa dalam ingatan umi dah juga hubby. Tarikh kami dinikahkan dan menjalani kehidupan sebagai suami isteri. 
33 tahun bukan mudah, dan setiap perkahwinan ada cerita manis, tawar, apatah lagi meningkatnya usia perkahwinan, meningkatkan lagi emosi dan rasa sensitif.
Throwback Majlis 1992
"umi buat apa time ni, 33 tahun dulu"? tanya cikcha walau kami sedang bersiap untuk memasak hari Jumaat hari tu.
Waktu umi dulu, 2,3 hari sebelum kenduri mak dan abah lagi sibuk walau masa majlis umi tu, kami ambil katering untuk sediakan makanan untuk tetamu. Bab hantaran pula, digubah oleh Kak Lang (kakak sulung yang juga ibu kepada blogger Liez)
Sebelah malam pula , ada majlis berini dan bertukar-tukar pakaian. Jenuh dan penat la juga bila kena tukar-tukar pakaian dari cheong sam, sari, kebaya nyonya, songket dan gaun. 
Kami nikah pada 1 November 1992, di usia umi 23 tahun dan hubby pula di usia 26 tahun. Majlis pernikahan kami dibuat di Surau Kg Pasir dan kenduri pula di buat di flat Setapak Jaya 1A.
Tulah serba sedikit majlis pernikahan kami. Kot kalau rajin, boleh la umi sambung kenangan lama haha.
Hadiah Anniversary
Kek dan bunga. Keduanya cukup memberi rasa bahagia dan cukup manis.
Kek tiramisu ni umi order dari adik Chef Ross sebab nilah kek favorite hubby dan kek tiramisu air tangan adik ni memang sememangnya terbaik. Kek ni sampai hari Jumaat malam waktu hubby kena bertugas untuk FFM34 dan buat kejutan untuk lepas Subuh. Senyum lebar la dia.
Hubby pulak surprisedkan umi waktu lunch dengan bunga. Auww sweet kan. Bagi umi walau dia bagi 1 kuntum bunga pun dah buat jiwa melayang ke bulan.haha
Memandangkan usia kami dah makin menua, kek tiramisu kali ni kecil sikit sebab hubby ni kalau dapat tiramisu, tak kira tengah malam memang dia akan makan.
Anniversary kali ni tak sempat nak celebrate kat restoran sebab hubby sibuk dengan FFM34, sementara Is pulak kena kerja.
Gift Untuk Anniversary
Sebenarnya gift ni dah dibeli beberapa minggu sebelum anniversary sebab takut harga naik.
Kenapa action cam? sebab hubby nikan jurufoto dan dia dah plan nanti bila pencen nanti (tahun 2026) dia berhasrat nak round Malaysia dan ambil video. InsyaAllah.
Pasal dinner ni, not to worry, bab dinner ni boleh buat lain masa bila semua orang ada. Kalau tak sempat, tak ada pun ok
Window Shopping
Kalau ikutkan malas nak keluar, nak duduk rumah, nak baca novel, nak tonton netflix tapi anak-anak ajak keluar ke TRX. 
Jadi, layan jer ah diaorang ni tapi bila semua girls ni ikut, memang kena siap sedia la balik nanti kena lumur minyak kat betis.
Memang jenuhlah sebab kalau sesiapa ada anak perempuan lebih dari seorang ni memang tahu diaorang ni akan masuk satu kedai beauty ke kedai beauty yang lain untuk stok skincare.
Bila nampak stall jual baklava ni terus rindu baklava yang diberikan Gihan Hanafi dulu sebagai 
ole-ole untuk dibawa balik ke Malaysia tahun 2013 dulu, jadinya belilah 12 ketul sebab kalau banyak mesti tak habis tambahan pula baklava ni manis, orang dah menua memang kena kurangkan makanan dan minuman manis.
Bukan hanya disebabkan kandungan baklava yang manis tapi kena ler berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran. Dalam nak jimat pun 12 ketul baklava ni pun dah RM60. Jadilah bagi lepas rindu walau baklava ni dari Turkiye buka Ras AlKhaimah.
Banyak sangat berjalan ni, memang nak keras betis dah rasa dengan ramainya pengunjung kat dalam mall ni dan rata-rata restoran dalam mall ni boleh dikatakan penuh.
Sampai kat rumah ada kejutan lagi. Hubby belikan comfort sandal menggantikan crocs yang dah menipis.
Mujur hari tu tak sempat check out sebab dok terfikir saiz kaki sendiri. Haha
Doa dan Impian 
Terima kasih buat semua yang mendoakan kesejahteraan, kebahagian buat kami berdua dan semoga impian kami untuk menua bersama hingga ke akhir usia akan diberkati dan dipermudahkan segalanya buat kami.
Perjalanan hidup di alam perkahwinan ni bukanlah sentiasa indah, ada manis, ada tawar, ada masam dan harapnya tiada yang pahit.
Bila usia makin menua, kita menjadi semakin sensitif dan selalu over thinking. Kalau dulu kita tak kisah sessuatu hal, kita kan jadi sangat kisah hingga terasa hati.
Apa pun bila dah semakin menua, jaga tutur kata, jadi tingkah dan jadilah pendengar yang mendengar apa yang pasangan kita ceritakan sepertimana kita ingin didengari. Janganlah pula suka bercerita pasal dalam kain orang, kisah artis dan mengadu domba.
Jagalah perasaan orang seperti mana kita ingin orang jaga perasaan kita dan berbuallah dengan pasangan kita untuk mengerat perhubungan dan komunikasi adalah antara perkara yang merapatkan hubungan dalam rumahtangga.
Ya Rabb, 
berikan kesihatan baik buatku dan dirinya,
rahmat buatku dan dirinya,
kebaikan buatku dan dirinya, 
kesetiaan buatku dan dirinya
kejujuran buatku dan dirinya
ketenangan buatku dan dirinya
kebahagiaan buatku dan dirinya
Aamiin.
Happy anniversary and with hopes for many more years to come. InsyaAllah 
 
 
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!