2019 - blog.iamfuzy™

5 December 2019

Apakah Agaknya Yang Boleh Dilakukan Sementara Menanti Tawaran Sambung Belajar

December 05, 2019
Apakah Agaknya Yang Boleh Dilakukan Sementara Menanti Tawaran Sambung Belajar
Apakah Agaknya Yang Boleh Dilakukan Sementara Menanti Tawaran Sambung Belajar | Rasanya anak-anak dah fikirkan dan dah ada perancangan untuk membuat apa usai tamat peperiksaan SPM ataupun STPM yang lalu. Mungkin ada yagn sedang bercuti di luar negara, mungkin ada yang hendak rehat seminggu dua atau sebulan selepas penat bertungkus lumus mengulangkaji sejak awal tahun.  Apa pun sementara menunggu keputusan dan sementara menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, kita perlu ada perancangan jangka pendek atau jangka panjang supaya apa yang kita buat memberi faedah dan menguntungkan diri kita selain dapat membantu meringankan beban kewangan ibu bapa selain menjadi remaja yang berdikari.



Ok saya nak kongsi tip dan beberapa peluang untuk korang fikirkan dan semoga ianya bermanafaat untuk diambil kira.


Cari pengalaman kerja
Ada yang lepas tamat pelajaran dan habis periksa je terus cari kerja  dan ada yang dalam dok dalam peperiksaan dah mula cari kerja macam book tempat dulu sebab tak nak buang masa melepak kerana teringin nak pegang duit sendiri kan.  Memang bijak kalau macam tu kerana selain memperolehi pendapatan boleh juga dapat pengalaman.  Mungkin boleh jadi jurujual di pasaraya, pelayan di restoran makanan segera atau mungkin agen pemasaran jenama Coway atau Cuckoo

Belajar Memasak
Pasti ada yang berminat untuk belajar memasak dan kini adalah masanya untuk mendapat ilmu dari ibu sekiranya ibu korang seorang surirumah.  Tak mustahil seorang anak lelaki turut berminat jadi diharap  si ibu dapat membantu sebab chef terkenal dunia dan dalam negara pun orang lelaki juga kan.  Kalau dah minat boleh teruskan boleh la cuba mengambil bidang kulineri di pusat pengajian dan mana tahu bintang di bidang kulineri cerah dan boleh menggantikan Chef Wan, Chef Ismai, Chef Nabila dan lain-lain Chef sering muncul di kaca televisyen.

Berniaga secara dalam talian
Ramai juga anak sekolah dah mula berniaga dalam talian dengan menjadi dropshipper atau agen barangan kecantikan dan ada yang membuat stiker untuk dijual.  Mungkin bagi yang tidak mencuba, ianya kedengaran macam tak memberi hasil yang lumayan tapi kalau ada kesungguhan ini boleh bertukar menjadi perniagaan yang serius.  Sekarang ni orang ramai lebih suka membeli belah secara dalam talian jadi kalau dengan perancangan, usaha gigih yang berterusan tak mustahil.  Pasal modal, jangan risau bukan nak ada pejabat pun, hanya pastikan ada data dah mencukupi serta kesabaran yang tinggi

Menjadi Pencetus Pengaruh di Media Sosial
Mungkin ramai yang tidak tahu individu yang menjadi pencetus pengaruh ni mampu menjana pendapatan lebih RM10k sebulan! Mana taknya dia dibayar untuk mempromosi jenama produk dan dapat produk percuma.

Sekiranya dilahirkan cantik atau kacak, pandai bercakap dan boleh edit video, memang tu pakej yang baik tapi pastikan produk yang nak di promosi tu produk yang bersesuaian dengan usia dan bukan yang lucah ya


Apa pun semoga anak-anak bijak memilih dan merancang kehidupan dan tidak terjebak dengan perkara dan pergaulan yang akan merosakkan masa depan dan diri sendiri.

Read More

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe

December 05, 2019
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu | Memang teruja nak berkongsi percutian singkat  kami selama satu malam di Ipoh baru-baru ini yang cukup padat dengan pengalaman menarik. Dah bertahun tak bercuti di Ipoh dan peluang kali ni kami gunapakai dengan sebaiknya dan terima kasih kepada pihak Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club yang menaja penginapan dan lawatan ke destinasi yang cukup memberi kenangan indah buat kami sekeluarga sampai penuh memori telefon bimbit dengan gambar-gambar yang cantik. 

Boleh baca kat sini.
Memang santai walau program kami penuh namun tidak membebankan sekiranya korang ikut cara percutian kami dan dapat ke sebahagian lokasi menari di Ipoh ni.  Nanti percutian akan datang pun akan direka macam ni untuk menjimatkan masa dan yang pastinya perbelanjaan. Jom Cuti-Cuti Malaysia!

Program Hari Pertama
2:00 petang - daftar masuk ke hotel
7 malam - makan malam
8:00 malam - aktiviti ke Hot Spring di Lost World of Tambun



Lost World Hot Springs & Night Park
Kalau nak main air, LWOT ni la tempatnya dan kalau dulu kami masuk ke sini sebab anak-anak memang suka main air tapi kali ni kami ke LWOT di waktu malam.  Yup kami akan main air di waktu malam hee

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe

Memang hajat nak berendam dalam hot spring awalnya  tapi punya la ramai orang sampai kami terasa malas la pulak mana taknya lepas tu nak kena tukar baju lagi..memang saya dan suami malas hehee. Jadinya kami cuma berjalan-jalan dan ambil gambar. Jejak ke kolam air pun tidak! Psst...saya ni penakut jadi kalau dah penakut tu buat cara penakut la ya..hahaa

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe

Jenuh menunggu di Lost World Hot Spring & Spa Stage kekonon nak tonton show dan nak dapat seat tapi dek kerana hujan mula turun jadi kami ke Night Park tengok haiwan je dulu. Akhirnya pertunjukan yang sepatutnya pada jam 9 malan terpaksa dibatalkan bila hujan mulai lebat dan terus kami zasss ke arah Luminous Forest. Sebenarnya bila waktu malam ni memasuki zoo

Kalau korang ke LW Hot Spring & Night Park ni pastikan korang masuk ke Luminous Forest ni yang sangat cantik dengan lampu-lampu bergantungan pasti buat korang teruja.  Antara tarikan yang pasti buat pengunjung teruja pastinya gabungan dunia mistik dengan bunga-bunga bercahaya, serangga yang besar dan banyak lagi.

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe


Bridge of Luminosa
Diperbuat dari rakit Malayana yang autentik, jambatan Luminosa menyambung dunia kita ke dunia mistik Lumnious Forest.  Makalani adalah ketua puak yang pertama menyeberang jambatan untuk memasuki hutan.

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe


The Malayana Family
Humalaya Malayana. Keluarga Malayana yang mengalu-alukan kedatangan ke Luminous Forest yang dijadikan rumh mereka.

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe

Lights of Aiyanna
Bunga istimewa yang dijadikan oleh Mother Sophea terletak jauh di dalam Luminous Forest. Lights of Aiyanna boleh menerangkan minda mereka yang duduk di atasnya, mengikis rasa dan fikiran jahat.

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe

Mother Sophea
Mother Sophea ni pokok yang boleh berkata-kata seusia dengan Luminous Forest sendiri. Dikatakan telah wujud 400 juta tahun yang lalu dan dia yang menyebarkan benih magik yang membuatkan Luminous Forest bersinar penuh magik. Mother Sophea juga yang membenarkan Makalani dan puak Malayana menghuni di dalam Luminous Forest.

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe

The Malayana Warriors
Pahlawan/Pengawal yang dilatih untuk menjaga dan memusnahkan kejahatan yang mengancam kesucian Luminous Forest. Mereka berani, gagah dan simbol kekuatan puak Malayana

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe

Shadowfang
Pengawal di Luminous Forest yang akan meludahkan racun membunuh sebarang kejahatan yang cuba mengancam kawasan hutan.

Serius penat berjalan apatah lagi dalam hujan memang badan rasa lesu dan rimas, jadi dalam jam 1030 kot kami dah ke pintu utama menanti encik pemandu. Memang disyorkan sangat korang ke sini di waktu malam.

Program Hari Kedua
Sarapan pagi di hotel atau boleh saja bersarapan di Mee Mat Jasak atau di sekitar pekan Ipoh ni
Wajib berkunjung ke Pasar Karat dalam sejam setengah atau dua jam. Mungkin boleh ronda sekitar pekan untuk bergambar di lokasi selfie yang sentiasa menjadi pilihan
11 pagi - Gunung Lang
12:30 tengahhari - Makan Tengahari di Restoran Haji Yahya atau Nasi Ganja


Memoryland aka Pasar Karat
Pastikan korang pandai tawar menawar! Dibuka setiap hari Ahad dari jam seawal 7 pagi sehingga 1 tenghahari, Memoryland atau  Pasar Karat atau dipanggil Loken menjadi tumpuan peminat barangan antik dan barangan lama.  Malahan bukan hanya pengunjung dari seluruh Malaysia tapi jugak dari Singapura dan luar negara yang akan mencari barangan lama untuk dijadikan koleksi simpanan dan ada juga yang membeli untuk dijual kembali dengan harga yang lebih tinggi kepada peminat barangan antik di Kuala Lumpur.

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu
Di kiri dan kanan jalan, peniaga hanya membentangkan tikar serta berlindung dengan hanya berpayung dan meletakkan pelbagai barangan jualan.  Jangan terkejut kalau ada barangan yang mungkin kita buang ke tong sampah dijual disini antaranya majalah lama, pita VCD. cerek, sterika, pinggan mangkuk bermotif flora, beg tok mudim, jam antik dan terpakai, pakaian, barangan elektronik, kamera antik, radio, lampu gasolin, alat muzik, kasut, selipar, majalah, buku lama, duit syiling dan duit kertas Malaysia, matawang negara lain pun terdapat di sini yang dijual dengan harga yang tinggi berdasarkan tahun dikeluarkan, no siri dan perkataan lama yang terdapat pada wang tersebut.  Selain barangan antik, terdapat juga peniaga yang menjual ubatan herba dan jangan terkejut kalau barangan yang dijual sangat mahal harganya tapi kalau dah berkenan dan pandai menawar, nah barangan tu pasti jadi milik korang.

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu
Jadi memang wajar Loken digelar syurga bagi pengumpul barangan antik kerana kat sini barangan elihat pelbagai barangan yang biasa dilihat di dalam cerita P Ramlee atau waktu saya masih kanak-kanak terdapat di sini. Memang asyik tengok sesetengah pembeli tawar menawar barangan yang berkenan di hati.

Kalau lapar, jangan risau sebab kat sini pun kita boleh berhenti makan dan minum selepas penat berjalan dan yang pasti kalau keluar dari sini kat tangan tu pasti ada barangan yang dibeli..hehe


Taman Rekreasi Gunung Lang
Lokasi seterusnya adalah Gunung Lang yang selama ini tak terfikir pulak nak ke sini tapi memang sangat berbaloi untuk singgah ke sini dan boleh dijadikan 'stop over point' sekiranya korang berada di Lebuhraya Utara Selatan dan nak beristirehat boleh keluar ke susur keluar Ipoh Utara dan ikut arah papan tanda Taman Rekreasi Gunung Lang. Jarak dari pekan Ipoh ke Taman Rektreasi Gunung Lang ini lebih kurang lima kilomenter ja dan jangan risau sebab kawasn letak kereta pun banyak.


Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu
Dari kejauhan kita boleh nampak air terjun buatan manusia yang tertinggi di Malaysia dan memang ramai orang kat situ untuk bergambar malah ada pasangan pengantin turut bergambar kenangan di situ..memang cantik!
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu

Agak jenuh jugak menunggu untuk menaik bot sebab hujung minggu dan tambahan pula cuti sekolah baru bermula jadi jangan naik angin sebab lokasi ni akan penuh sesak dengan pengunjung. Dan kami pun merasainya tambahan pulak jeti bot pulak dalam penyelengaraan sampai terdengar la rungutan pengunjung. Apa pun kalau pihak pengurusan letakkan pegawai supaya pengunjung yang sudah membeli tiket tahu giliran untuk naik bot dan bukan hanya menunggu tekong turun dari bot dan melepaskan pengunjung untuk menaiki bot.


Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu
Memang seronok dapat menaiki bot ni dengan tiupan angin dan pemandangan hijau, perghh asyik dengan jarak ke pulau tu hanya kira-kira 300 meter jadi korang boleh la berenang..hehe.  Aishh jangan buat hal ya sebab rasanya memang tidak dibenarkan berenang!

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu
sumber Google
Terdapat tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah, laluan pejalan kaki yang meliputi keseluruhan taman, rumah tradisional Perak, dataran warisan, wakaf terapung, gerbang warisan, menara pandang jauh, surau serta tandas. Selain dari itu terdapat ladang rusa dan burung dan pelbagai spesis  dan air terjun buatan tertinggi di Malaysia yang cukup menarik untuk bergambar.  Pengunjung juga boleh memberi makan kepada ikan-ikan di tasik yang mengandungi pelbagai spesis ikan ari tawar

Bayaran menaiki bot : RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Setiba kami di jeti kat seberang tu, kami sekeluarga dan satu keluarga lagi bersepakat untuk tidak turun ke pulau memandangkan ramai sungguh orang selain kami perlu mengejar masa untuk ke destinasi seterusnya selepas makan tengahhari.  Mungkin lain kali kami akan luangkan masa untuk ke sini lagi.

Nak tahu lebih lanjut boleh jengah ke link di bawah

Waktu operasi bot
Isnin hingga Khamis : 8 pagi hingga 6 petang
Jumaat : 8 pagi hingga 12 tengahhari
Sabtu - Ahad dan cuti umum : 830 pagi hingga 6 petang


Terima kasih tak terhingga kepada Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club yang sudi menaja penginapan, makan dan lawatan ke lokasi yang cukup menarik ni.  Sepertimana saya jatuh cinta dengan hotel ni, korang pun pasti akan jatuh hati. 
Read More

30 November 2019

TGV Toppen JB Offers New Level Of Cinematic Experience

November 30, 2019
TGV Toppen JB Offers New Level Of Cinematic Experience
TGV Toppen JB Offers New Level Of Cinematic Experience | Bet that all movie goers will be amazed with the new level of cinematic experience offering by the TGV new flagship  in Toppen JB.  The seats is so comfy and make you wanna stay longer, and I just don't get enough of it!

Check out my youtube as I experienced the outlet on 13 November 2019, the facilities and be among the first to enjoy and watch the Charlie Angels movie here. Well of course no video are allowed during the screening.

Check my entry here on Toppen JB

Cinema Foyer
Cinema Foyer


New Halls, New Experiences
Playing host to many new specialty hall concepts, patrons at this new TGV will be in for a treat as they experience cinema at its finest. Starting with the largest FLEXOUND installation in the world and the first FLEXOUND hall in Southeast Asia. Customers will experience customised seats with embedded speakers which deliver true personal immersion through improved clarity of dialogue, tactile sensory effects and perfect sound quality independent of seat location. Viewers will experience the enhanced audio immersion of FLEXOUND throughout the whole movie without the need for extra wearable accessories.

Flexound Hall
Flexound Seats
Bigger is definitely better with our brand new Infinity hall which offers a heart-pounding cinematic experience that combines the power of outstanding visuals together with breath-taking sound. This hall offers TGV’s Premium Large Format screen powered by Christie’s RGB 4K laser projector that delivers unparalleled visuals together with Dolby Atmos, an immersive audio technology which transports you into the story with moving audio that fills the cinema and flows all around you – even overhead – to deliver the premier sound of entertainment. Motorized recliner seats throughout complete this premium experience.
Family Friendly Seats
Family Friendly Hall


TGV is also bringing the ever popular Family Friendly Hall — with an adjoining playroom concept from Central i-City to Toppen JB as well! Kids will be able to enjoy fun activities in the new playroom at this location with the fun factor extended into the hall with multiple seating choices for every taste. Parents can also rest assured that their moments with their kids within these areas are well protected by Medklinn Purifier which is uniquely engineered to sterilise air and surfaces safely and naturally. This means 99.9% of all known bacteria, viruses and other harmful pollutants are eliminated in TGV’s Family Friendly Hall and the connected playroom.

Infinity Hall

Infinity Hall


TGV is all about elevating personal comfort to make sure viewers get to enjoy their movie in true bliss. In the new Prestige hall, the premium experience is offered in an intimate format offering either the luxury of INDULGE full recliners in the upper deck or compact premium recliners in the lower deck section. In the Deluxe+ halls, customers will be treated to compact premium recliners or plush gliding seats as they immerse themselves in the movie of their
Coke Zone
Coke Zone

Redefining the Cinema-Going Experience
TGV Toppen JB is not only the definitive entertainment destination but a spot to get social as well. The first ever Coke Zone and Sony Interactive Zone will make their debut here which will allow patrons to hang out, get some pictures “for the gram”, surf with our free high speed Wi-Fi and even charge their devices with the charging stations that are available. For those looking for a refined culinary experience, our INDULGE Lounge allows customers to dine in and savour a wide variety of dishes before enjoying their movie. Customers can also opt for the INDULGE seats with in-hall dining services available in the Infinity and Prestige halls.
Indulge Lounge
“We’re inspired by our mission to make the cinema a place of joyful experiences and memorable moments. At TGV Toppen JB, we’ve introduced new concepts, higher standards and the best quality comfort to deliver an environment that is truly unique. We are optimistic that our customers will agree that TGV Toppen JB is a special social and entertainment destination that brings back the magic of going to the movies,” remarked Yeoh Oon Lai, CEO of TGV Cinemas.

Deluxe Hall

Opening Specials
During their opening, TGV offer free moving screening free 1,500 popcorn and open access to the INDULGE Lounge together with welcome drink from 13 November (5pm onwards) till 20 November 2019. Customers are given a taste of true luxury in the new INDULGE Lounge open to all ticket holders where they are can redeem free welcome drink

Premium Glide

Prestige Hall

TGV Cinema doesn't just aim for the norm, but they strive to enhance experiences and enjoyment for all cinema-goers.  From sports to music, sing-along events and even live comedy shows, TGV offers a wide range of compelling content for the whole family.  The opening of Toppen JB is more step forward in a revolution that TGV is spearheading to truly raise the standards of entertainment in Malaysia

For more information, visit www.tgv.com.my or http//bit.ly/TGV-ToppenJB 
Read More

28 November 2019

Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC

November 28, 2019
Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC
Makan Sedap Di Restoran Fairway Putrade Allsuites @ RPGC | Orang kata kalau nak pikat hati suami kenalah jaga perut dia dengan makna kena pastikan dia nikmati makanan yang sedap..ehh haha.  Apa pulak relatednya tah tapi kalau dah menginap di hotel yang serba memuaskan hati tapi makanan tu kat situ tak sedap memang akan mengundang rasa tak puas hati kan. 

Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC
Restoran Fairway terletak di Tingkat Satu, Bangunan Utama Royal Perak Golf Club ni pasti buat pengunjung terpesona dengan pemandangan padang golf yang menghijau.  Ruang makan yang cukup luas dan selesa yang boleh menempatkan pengunjung samada di ruangan yang berhawa sejuk atau pun di ruangan terbuka dengan pandangan padang golf yang terbentang cantik.

Di hari kami tiba tu, perut masing-masing dah berkeroncong mana taknya dah lebih jam 12.30 tengahhari kan, jadi sebelum daftar masuk kami melangkah ke sini memandangkan bilik belum habis dikemaskan. Kalau nak ke sini, boleh saja naik buggy yang disediakan atau jalan je kaki dalam kurang 3 minit.

Memandangkan sewaktu kami sampai tu pengunjung memang ramai menjamu selera kerana The Fairway Restaurant ni dibuka bukan untuk tetamu yang menginap atau pemain golf tapi dibuka untuk orang luar (public).   Waktu operasi untuk ala carte ni bermula jam 11 pagi hingga 2 petang dan jam 6 petang hingga 10 malam, jadi menu ala carte menjadi pilihan.  

Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC
ABC Special ni adalah satu kemestian dicuba kalau kat sini.  Memang puashati dan tak lokek dan pastinya peminat ais kacang akan setuju dengan saya tapi korang jangan tamak tau sebab ais kacang ni kena kongsi berempat tapi kot korang super hebat boleh habiskan sendirian memang tepuk tangan sendiri la ya.

Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC
Nasi goreng kampung buat en suami sebab dia memang orang kampung..hahaa. Bukan sebab tu sebenarnya tapi sebab perut orang lelaki perlu makan sesuatu yang mengenyangkan setelah lelah memandu dari Penang.  Memang besaq portion dia ni kesedapan memang menepati selera en suami dan kami pun tumpang menjamah..tak baik kalau tak habis kan.

Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC
Bila tengok menu memang terliur nak makan Hokkien mee  dan bila sampai jer hidangan ni...mak aihhh punya la besaq plate dia tu. Dek sebab dah lama tak makan habis la jugak dengan yang lelain turut berkongsi. Rasanya memang menepati selera sambil makan boleh krup krap dengan cili api kicap.  Pedas? ais kacang kan ada..hahaa


Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC
ni seorang lagi perut nasi..hehe cikapplepie pulak pilih nasi dengan crispy lemon chicken ni.  Lagi sekali kami terkejut sebab portion crispy lemon chicken ni memang boleh dimakan 3-4 orang tu.  Memang sedap dan sangat recommended.


Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC
Cabonara fettucini pilihan KC Iman dengan portion yang sangat besar ni boleh makan untuk 3 orang tapi kalau yang jenis big eater ni memang boleh la habis.  Not too creamy tapi sedap banget!


Makan Sedap Di Restoran Fairway Putrade Allsuites @ RPGC
Rib Eye Steak pilihan Cik Meya ni memang sedap dan lembut giler.  Memang terasa nak masuk ke dapur tanya apa resepi kesedapan Rib Eye ni..hahaha

Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC

Sarapan 
Hari kedua kami yang jenis early bird ni sempat bersarapan di The Fairway Restaurant  memandangkan kami akan sangat aktif berjalan terutama dekat Loken dan Gunung Lang. Aktiviti yang kena banyak berjalan ni jadi perut harus diisi supaya ada tenanga..tak gitu?

Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC
Nampak simple tapi korang kena rasa sebab nasi lemak kat sini sebab sambal tumis tu memang terbaik, nasi lemak dia tu wangi dan tidak terlalu lemak (acah takut gemuk hehe). Memang sedap sambal tu tapi kata budak pelayan tu...ada yang lagi sedap tapi tukang masak sambal tu bercuti...ahhh memang nak kena repeat lagi la nii. Lenkali nak bawa bekas tapau...hahaa


Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC
Mee mamak menjadi pilihan hati saya ni memang sedap cuma lupa nak minta limau kalau tak memang bertambah makan.

Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC

The Fairway Restaurant ni dah lama beroperasi dan kalau dulu orang dok tertanya kalau orang luar dibenarkan masuk untuk makan disini..memang boleh okay! Tapi harga tu berlainan la dari ahli yang mana para ahli akan mendapat potongan 15% dan kalau nak makan kat sini bagitau jer kat pak guard kat luar tu yang korang nak ke restoran sini.


Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC
 
Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC

Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC

Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC

Makan Sedap Di The Fairway Restaurant by Putrade Allsuites @ RPGC


The Fairway by Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club | 1 Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia | Tel : +605-542 6218 | Waktu operasi : 0700 pagi hingga 10.00 malam
Read More