Satu Malam Di The Trove Hotel Johor Bharu | Menginap Di The Trove Hotel Johor Bharu | Dah lama tak jejak kaki ke Johor dan jemputan ke Johor di sambut dengan senyum manis dan bila en suami mengizinkan saya ke Johor, bertambah lebar dan manis senyuman tu..hehehe


Satu Malam Di The Trove Hotel Johor Bharu

Saya serta rakan blogger ke Johor menaiki bas persiaran ni sempena pembukaan pasar raya Toppen di Tebrau jadi peluang yang pastinya tak ingin saya lepaskan.  Kami tiba di The Trove Hotel Johor Bharu ni dekat jam 9 malam dan memang kami keletihan


Satu Malam Di The Trove Hotel Johor Bharu


Bilik kategori Standard menjadi penginapan saya dan NI ni memang cukup selesa bertemakan Local Love dengan hiasan lukisan dinding yang memaparkan hasil kesenian tempatan.  


Terdapat empat tema lain di The Trove Hotel Johor Bharu ni iaitu Bilik Straits Affair, Bilik Into The Woods, Bilik Fun with Geometry dan Bilik Precious Moment yang boleh korang pilih sekiranya berhasrat untuk menginap di sini. Kalau nak tengok bilik-bilik tu boleh jengah ke laman sesawang The Trove Hotel Johor Bharu ni.


Satu Malam Di The Trove Hotel Johor Bharu


Antara kemudahan di dalam bilik ni  yang sangat menarik pastinya Alkaline Water Dispenser, Smart TV, handy phone,  mini bar, safe box, alatan untuk menggosok dan semestinya WIFI. Bagi mereka yang menginap tak perlu risau sebab ruang letak kereta tersedia dan kalau datang dengan keluarga, pastinya anak-anak tak lepas peluang untuk jengah ke kolam mandi kan!


Satu Malam Di The Trove Hotel Johor Bharu


Bilik air pun agak luas dan selesa memang jadi satu kepentingan buat penginap kan..so sama la kita walau pun saya hanya meningap satu malam di The Trove Hotel Johor Bharu ni.



Satu Malam Di The Trove Hotel Johor Bharu


Terima kasih buat Chef Mohd Firdaus yang sudi meluangkan masa bercerita dalam saya dok mengejar masa...sempat bercerita tentang dia yang kini bertukar angin dari Kuala Lumpur ke Johor.  Memang ramah Chef ni yang saya kenali semasa beliau bekerja di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur.   


Terima kasih juga pada Encik Muhammad Fuad Foo Abdullah, DoO yang peramah walau baru sekejap diperkenalkan oleh Chef Firdaus ni.  InsyaAllah ada rezeki pasti saya ke sini lagi.


Sarapan di Lada & Cove The Trove Hotel Johor Bharu

Sarapan di Lada & Cove The Trove Hotel Johor Bharu

Sarapan di Lada & Cove The Trove Hotel Johor Bharu


Memang banyak dan menyelerakan setiap juadah sarapan pagi ni namun tak sempat saya cuba kerana kekangan masa dan tak boleh lepak lama untuk menghayati sarapan pagi ...kesian kan hehee


Sarapan di Lada & Cove The Trove Hotel Johor Bharu

Memang selesa cafe Lada & Cove ni dengan ruangan yang cukup luas dan susun atur yang cukup selesa.

Satu Malam Di The Trove Hotel Johor Bharu

Pemandangan indah di waktu pagi dari Lada & Cove yang terletak di tingkat 8 The Trove Hotel Johor Bharu ni yang sempat saya rakamkan.


Satu Malam Di The Trove Hotel Johor Bharu


Selesai sarapan kami terus masuk bilik, bersiap untuk daftar keluar kerana pengangkutan dah sedia menunggu untuk bertolak ke lokasi perasmian dan dari Tebrau nanti kami akan terus bertolak balik ke Kuala Lumpur.



Alamat : Jalan Dato Abdullh Tahir, Taman Abad, 80300 Johor | Tel : 07-272 8888