Resepi Asli Turun Temurun Bufet Ramadan Di KLCC | Kenangan indah dan keseronokan ‘Balik Kampung’ keghairahan menantikan album terbaru istimewa untuk musim Raya  serta kegembiraan keluarga berkumpul membuat kuih Raya menjadi pendorong kepada Kuala Lumpur Convention Centre untuk menghidupkan semula kemesraan dengan Memoir Ramadan yang pastinya akan membuat pengunjung yang datang berbuka puasa pada tahun ini Menggamit Kenangan Zaman Silam

Bersempena bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi pelanggan yang berbuka di sini akan dapat merasai dan menikmati Reseipi Asli Turun Temurun yang disediakan khas dengan sentuhan pasukan cef Pusat Konvensyen yang telah memenangi berbilang anugerah.  Sajian yang diilhamkan kebanyakannya diwarisi turun-temurun dalam keluarga mereka dengan tujuan untuk membawa pelanggan mengimbau kenangan masa lampau. 


Menu berbuka puasa Ramadan bagi tahun ini meliputi campuran sajian tradisional dan moden serta juadah kegemaran bulan puasa antaranya sup tulang rawan kicap bersama sambal cili padi hasil sentuhan Cef Bahar, gulai pedas cili api udang bersama nangka muda dari Cef Asri, daging gulai kawah oleh Cef Rezal dan daging masak hitam daripada Cef Imran


Pasukan kulinari Pusat Konvensyen telah menciptat 20 sajian kegemaran ramai berasaskan resepi tradisional yang diwarisi sejak turun termurun bagi memberi makna kepada Memori Ramadan, kata Cef Eksekutif, Hisham Bin Jaafar


"Kami benar-benar teruja untuk memperlihatkan Resepi Asli Turun Temurun barisan cef kami kepada pelanggan.   Sebagai contoh gulai pedas cili padi udang bersama nangka muda oleh Chef Asri berasal daripada neneknya yang akan menghidangkan sajian isitimewa ini pada hari pertama Ramadan.  Beliau telah membantu nenek dan ibunya sejak di usia 10 tahun dan menyediakan sajian menggunakan udang yang ditangkap sendiri oleh bapanya berhampiran kampong mereka.  Kenangan manis inilah yang membakar semangat Asri untuk menjadi cef and memberi pengkhususan kepada masakan Melayu" Chef Hisham
Mereka yang berbuka puasa di Pusat Konvensyen pasti akan tertarik dan teruja dengan suasana perayaan serba santai dibawakan oleh Chef Action Stations yang menyediakan dan menghidangkan segala sajian masakan mengikut permintaan.

Chef Hisham menambah pengunjung tidak perlu risau dan boleh berbuka puasa dengan tenang kerana kesemua lima dapur Pusat Konvensyen telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sepanjang Ramadan tahun ini pihak Kuala Lumpur Convention Center akan meneruskan dan membulatkan komitmen kepada kelestarian dengan mendapatkan 70% daripada bahan masakan dari sumber dan pengeluar tempatan.  Baru-baru telah terjalin bekerjasama dengan Yayasan Bantuan Makanan (Food Air Foundation) dalam usaha untuk menhadkan pembaziran makanan dan pengagihan lebihan makanan daripada buffet Ramadan kepada mereka yang disokong oleh pertubuhan ini.

Pusat Konvesnyen secara khusus menyediakan bilik solat sejadah selipar tempat mengambil wuduk dan Imam untuk mengimamkan solat Maghrib Isyak dan Taawih bagi membolehkan pelanggan beragama Islam menunaikan kewajipan mereka selepas berbuka puasa.

Pada harga bersih RM155 seorang orang ramai yang berbuka puasa di Pusat Konvensyen dijamin mendapat layanan baik dan sajian makanan yang lazat dan bertarif 5 bintang.  

Tempahan boleh dibuat pada hari biasa (kecuali hari cuti umum) antara 27 April dan 20 Mei 2020.  Pusat Konvensyen juga menawarkan potongan harga 10% kepada orang ramai yang membuat tempahan awal sebelum 31 Mac 2020.  Jadi pastikan anda membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan.

Organisisasi korporat boleh mendapat kadar promosi istimewa daripada RM132 bersih seorang bagi min 100 orang. Selain dua pilihan menu khusus – Ramadan Al Mubarak dan Ramdan Al Kareem – pelanggan diberi pilihan untuk menambah pelbagai ‘Chef Action Station

Menjelaskan tentang menu Cef Hisham berkata disamping pelbagai sajian kegemaran bulan Ramadan, menu majlis berbuka korporat dan juga orang ramai menawarkan sajian kontemporari dan antarabangsa untuk mereka yang mahu menikmati kepelbagaian dan sesuatu yang berlainan.  Sajian ini termasuk makanan laut panggang daun pisang ala Portugis, Teriyaki Jepun dan aneka pilihna sushi, Tikka ikan panggang, nasi ayam Hainan dan kambing golek bakar Harissa  yang termasyhur akan dihidangkan dengan sos pudina dan aneka sos lain.

Disebabkan tempat duduk adalah terhad tempahan awal diperlukan untuk acara korporat, sila hubungi 03 2333 2866 untuk pertanyaan berkatina buka pasa orang ramai atau 032333 2877 untuk tempahan korporat.