13 Sajian Buat Ibu Dalam Pantang Yang Berkhasiat Dan Sedap

by - August 04, 2020

13 Sajian Buat Ibu Dalam Pantang Yang Berkhasiat Dan Sedap  | Teringat waktu dalam pantang dahulu untuk kesemua 6 anak, saya dijaga oleh bonda yang cukup tegas dalam penyediaan makanan dengan air yang diminum siap dicatu tapi bila bonda tidur jer saya sempat la buat air panas dengan meletakkan gula untuk menyedapkan tekak.  Bayangkan saya dibolehkan minum air setengah gelas atau setengah cawan sahaja sebab kata bonda takut batu merian tu kembang.  Pemakanan pulak cukup kering tapi dibolehkan dengan sedikit kuah bila memasuki minggu kedua berpantang.  Kata bonda lagi, dalam pantang ni kena jaga betul-betul sebab tak nak nanti bila berusia 40 tahun keatas nanti mula datang sakit sana sini dan sakit kepala. Selain penjagaan pemakanan dalam pantang, berbengkung pun wajar dilakukan supaya badan kembali kejap dan sihat.

Menu dalam pantang saya cukup simple tapi sedapnya tak terkata, mungkin sebab bonda saya sendiri masakan dan tempoh berpantang memang bonda yang membuat hampir semua untuk saya seperti memandikan bayi, menyediakan makanan untuk saya dan bonda mahukan saya cukup rehat sebab kadang-kadang bayi akan bangun tengah malam untuk menyusu atau merengek jadi bila kita dah cukup rehat, tidak akan menjadi masalah untuk kita kelak. Bosan? ya memang bosan tapi untuk kesihatan diri sendiri kan.

13 Sajian Buat Ibu Dalam Pantang Yang Berkhasiat Dan Sedap 


Bonda selalu mengingatkan saya supaya mengelak memakan makanan atau sayuran yang sejuk seperti kangkung, timun dan makanan yang berangin seperti nangka, cempedak malah bonda mertua mengingatkan tidak agar tidak makan laksa sehingga bayi berusia setahun atau lebih. Bonda saya sendiri tidak menggalakkan saya makan ayam atau ikan yang jenis gatal seperti kembung dan sardin.

Hari pertama berpantang, bonda menyediakan nasi putih dengan ikan kering berulamkan lada hitam yang ditumbuk yang pastinya kalau sesiapa yang tak pernah alami akan mencebik tapi lauk tu meman sedap bila dimakan dengan nasi panas dan hasilnya badan yang kembung boleh jadi slim.  Tempoh 44 hari bukan la lama dan kalau zaman sekarang tempoh tu banyak benda boleh kita lakukan dalam tempoh berpantang tapi perlu diingat kesihatan dan rehat tu perlu untuk kita terus sihat dengan menjaga pemakanan dalam pantang. Jadi saya kongsikan resepi berpantang sedap untuk anda yang akan berpantang atau masih menanti saat untuk melahirkan.  Selamat mencuba!

  1. Ikan Kering Bakar
  2. Ulaman
  3. Kerabu Kunyit Muda
  4. Nasi Lemuni
  5. Kerabu Lengkuas
  6. Air Halia
  7. Keabu Daun Pudina
  8. Sup Sayur Sawi
  9. Resepi Ikan Senangin Masak Lada
  10. Resepi Daging Masak Lada
  11. Ikan Talang Masak Asam
  12. Hati Masak Berlada
  13. Sup Burung Merpati

13 Sajian Buat Ibu Dalam Pantang Yang Berkhasiat Dan Sedap 

1. Ikan Kering Bakar Dan Ulaman

Bahan-bahan:-
Ikan kering kurau atau talang
Lada hitam
Garam

2. Ulaman

Buah peria, direbus
Bunga kunyit, dibersihkan
Kunyit muda, dibersihkan dan dihiris nipis


Cara Penyediaan:-
Ikan kering dibakar di atas api sederhana hingga naik bau dan masak.  Angkat dan ketuk ikan kering tersebut tapi jangan hancur kemudiann ditaburkan dengan lada yang telah ditumbuk bersama garam dan dimakan dengan nasi panas bersama dengan ulaman.

3. Resepi Kerabu Kunyit Muda

Bahan-bahan:-
100 gm kunyit muda
1/2 camca air asam jawa atau asam limau
garam secukup rasa
10 gm kelapa parut, disangai dan ditumbuk halus
8 gm beras, disangai dan ditumbuk halus
5 gm udang kering, disangai dan ditumbuk halus
1 biji bawang besar, dihiris halus
2.5 sm halia, dihiris halus

Cara Penyediaan:-

  1. Campur semua bahan dan digaul sebati


4. Resepi Nasi Lemuni

Bahan-bahan:-
1 tin susu beras
1 ranting daun lemuni
2.5 sm halia
1/2 camca teh garam
1 helai daun pandan
4 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1/2 sudu lada hitam, ditumbuk kasar
1/2 sudu halba

Cara Penyediaan:-
Daun lemuni dicuci dan dikisar dengan 2 cawan air.  Tapis dan ambil airnya dan dimasukkan bersama beras yang telah dicuci.  Sukat air seperti menanak nasi, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, daun pandan dan garam serta lada hitam dan garam secukupnya.  Tanak seperti menanak nasi biasa.

Nasi lemuni ini boleh dimakan dengan daging masak lada atau ikan kering yang dibakar.

Nota :
Nasi lemuni ni boleh dimasukkan santan selepas 2 - 3 minggu dalam pantang.  Namun ada yang sudah mula makan makanan menggunakan santang walau baru melahirkan.  Mengikut kata bonda santan ni tidak berapa elok untuk perananakan dalaman bagi ibu-ibu yang baru melahirkan.


5. Resepi Kerabu Lengkuas

Bahan-bahan:-
3 inci lengkuas, dipotong kecil
2 batang serai, dihiris kasar
sedikit belacan
Garam secukup rasa


Cara Penyediaan:-
Lengkuas dibersihkan dan dipotong kecil, ditumbuk hingga lumat dan dimasukkan serai dan ditumbuk hingga sebati dan lumat
supaya lebih mudah

6. Resepi Air Halia

Bahan-bahan:-
3 cawan air
3 sm halia
1/2 cawan gula merah
1 helai daun pandan
1 camca besar gula pasir
2.5 sm kulit kayu manis

Cara Penyediaan:-

  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk.  Jerang hingga mendidih. Bila sudah mendidih, tapis dan diminum sewaktu ianya masih suam-suam


Lauk Berpantang - Kerabu Serai

7. Resepi Kerabu Daun Pudina

Bahan-bahan:-
100 gm daun pudina, diambil daunnya
2 biji tomato, dihiris nipis-nipis
Garam secukupnya
1/2 cawan air asm jawa atau asam limau
10 gm kelapa parut, disangai dan ditumbuk halus
8 gm beras, disangai dan ditumbuk halus
5 gm udang kering, disangai dan ditumbuk halus
2.5 sm halia, dihiris halus
1 biji bawang besar, dihiris halus

Cara Penyediaan:-

  1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati dan perasakan garam secukup rasa.


8. Resepi Sup Sayur Sawi

Bahan-bahan:-
1 ikat daun sawi
1 biji telur
garam secukup raa

Cara Penyediaan:-
Sawi dibersihkan dan dipotong 1 inci.  Panaskan air didalam periuk dan masukkan sawi, dimasak hingga sawi agak layu. Masukkan telur dan garam secukup rasa.

Sup Sawi ni memang menjadi kegemaran saya kerana inilah satu-satunya sayur yang dibenarkan makan oleh bonda kerana lain-lain sayur seperti kangkung, kubis dikatakan sejuk yang tidak baik untuk saya yang dalam pantang.


9. Resepi Ikan Senangin Masak Lada

Bahan-bahan:-
2 ekor ikan senangin
3 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
1 inci halia
1 labu bawang besar, dimayang
1 sudu lada hitam, ditumbuk halus
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1/2 sudu kunyit
1 mangkuk air asam jawa
3 - 4 tangkai cili kering
garam secukup rasa

Cara Penyediaan:-

Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk kasar hingga kekuningan dan naik bau
Masukkan lada hitam, jintan manis dan jintan putih, dikacau hingga sebati dan masukkan air asam jawa, dikacau supaya mesra dan sebati. Tambah air jika perlu
Bila kuah dah mendidih, masukkan ikan senangin. Pastikan ikan terendam dalam kuah supaya masak sempurna.  Masukkan bawang besar dan kemudian cili kering yang digoreng tadi.
Akhir sekali perasakan dengan garam.  Siap!

10.Resepi Daging Masak Lada

Bahan-bahan:-
500 gm daging, direbus
3 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
1 inci halia
1 labu bawang besar, dimayang
1 sudu lada hitam, ditumbuk halus
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1/2 sudu kunyit
1 mangkuk air asam jawa
3 - 4 tangkai cili kering
garam secukup rasa

Cara Penyediaan:-

  • Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk kasar hingga kekuningan dan naik bau
  • Masukkan daging, lada hitam, jintan manis dan jintan putih, dikacau hingga sebati dan masukkan air asam jawa, dikacau supaya mesra dan sebati. Tambah air jika perlu
  • Biarkan api sederhana supaya daging masak dan rempah meresap mesra dan sebati. Bila sudah nampak kuah agak kering., masukkan bawang besar dan kemudian cili kering yang digoreng tadi. Akhir sekali perasakan dengan garam.  Siap!


11. Resepi Ikan Talang Masak Asam

Bahan-bahan:-
3 potong ikan talang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2.5 sm halia
1 tangkai cili merah, ditumbuk halus
1 camca teh gula
Garam secukup rasa
1/2 mangkuk air asam jawa

Cara Penyediaan:-

  • Ikan dibersihkan dan dipotong mengikut kesukaan kemudian digoreng separuh masak.
  • Masukkan air asam jawa, bawang putih, cili merah, gula, bawang besar garam dan halia ke dalam kuali
  • Jerang hingga pekat kemudian masukkan ikan. Balik-balikkan ikan supaya masak dengan sempurna dan akhir sekali masukkan garam secukupnya.

Lauk Berpantang - Sup Kepala Ikan Merah

12. Resepi Hati Masak Berlada

Bahan-bahan:-
600 gm hati lembu, dipotong kecil-kecil
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
2 bii bawang besar, dipotong bulat
1 pokok daun saderi dan daun bawang, dipotong memanjang
1 inci halia, diketuk
garam secukup rasa
sedikit air

Cara penyediaan:

  • Hati yang telah  dibersihkan, dipotong dan direbus bersama air, lada hitam, halia dan garam.  Rebus sehingga menjadi pekat, kemudian masukkan bawang, daun saderi dan daun bawang. 


Antara lain resepi yang baik untuk menambah darah sebabnya orang dalam pantang ni memang kelihatan pucat kerana melahirkan dan kerana darah nifas yang keluar jadi masakan untuk menambah darah ni adalah sangat baik.

13. Resepi Sup Burung Merpati


Bahan-bahan:-
2 ekor 2 biji ubi kentang
2.5 sm kulit kayu manis
2 kuntum cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 camca teh serbuk intan putih
2 camca teh serbuk lada hitam
1 bii bawang putih, ditumbuk kasara
3 cawan air

Bahan B:-
3 batang saderi
Daun bawang
2 ulas bawang merah (dihiris dan digoreng)

Cara Penyediaan:-

  • Bersihkan burung merpati dan potong mengikut suka
  • Masukkan ke dalam periuk berisi air dan direnih dengan api sederhana. Masukkan kesemua bahan dan direnih hingga air menjadi separuh, masukkan ubi kentang dan direbus hingga empuk
  • Angkat dan tabur daun bawang, bawang goreng dan hidangkan

You May Also Like

1 Comments

  1. Sedapnye menu ni semua kak fuzy.. Nak simpan la. Sebab nanti kinah berpantang sendiri

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!