Drama Sang Pewaris Tonton Online Ep 1 Hingga Ep 13 (Akhir) | Drama adaptasi novel Sang Pewaris karya Fizziany menggandingkan Ben Amir dan Amyra Rosli di slot Lestary TV3 dengan 13 episod mula bersiaran bermula 26 November 2020, setiap Rabu hingga Jumaat jam 9 malam. 



Arahan : Eyra Rahman | Terbitan : Global Station Sdn Bhd | Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar, Farah Alya Asari.


Barisan Pelakon

Ben Amir sebagai (Megat Amer / Megat Dali/Kudin), Amyra Rosli (Zara Aireena), Zarynn Min ( Puan Sri Kamariah), Zaefrul Nordin (Tan Sri Megat Khairuddin), Fizz Fairuz (Dr. Mahfuz), Zamarul Hisham (Mahmud), Harun Hashim (Pak Samad), Sheila Mambo (Mak Bedah), Ieda Moin (Che Som)Acong Sweetchild (Pak Kadir), Wan Sharmila (Malina), Fad Anuar (Jamal), Mimi Ernida (Zizi), Bidin Alzaifah (Mat Bunga)



Novel : Sang Pewaris | Penulis : Fizziany | Bil mukasurat : 610

Drama Sang Pewaris Tonton Online Ep 1 Hingga Ep 13 (Akhir)

Sinopsis Novel Sang Pewaris

Dalam satu hari sahaja, Ali dikejutkan dengan beberapa fakta tentang dirinya;

1) Dia bukan Ali bin Ahmad, tetapi rupanya Tunku Ali Khairudin ibni Tunku Ahmad!

2) Fakta kedua, dia mempunyai seorang abang kembar!

3) Fakta ketiga, sangkanya dia cuma anak pungut, tetapi rupanya dia pernah diculik!

4) Keluarga kandung sedang mencari dan menanti kepulangannya demi kelangsungan warisan keluarga.

Takut dengan kenyataan yang mendadak di depan mata, Ali enggan pulang meskipun puas dipujuk. Tetapi, sekeping gambar telah melunturkan pendiriannya. Dia pulang juga akhirnya.

Di saat majlis meraikan kepulangannya diatur, Ali menukar fikiran. Dia menghilangkan diri. Ali mengubah rupa dan menyamar sebagai tukang kebun lalu menyusup masuk ke dalam rumah keluarga kandungnya. Di situ, dia mula mengenali beberapa nama.

Tuan Haji Mahmud: Pengurus keluarga diraja yang terlalu setia sehingga menimbulkan curiga.

Tunku Kamariah: Sang Bonda yang suka menyendiri. Sikapnya terkadang bagai orang gila.

Tunku Ameer: Lelaki misteri yang sukar ditafsir budi pekerti.

Doktor Mahfuz: Doktor peribadi keluarga yang prihatin meski senyumnya dingin.

Che Som dan Pak Kadir: Tukang masak dan pemandu rasmi keluarga yang memiliki semua cerita tentang keluarga tersebut di dalam poket mereka.

Zara Aireena: Manis. Lembut. Jelita. Bergaya. Ops, itu luaran sahaja! Tetapi rupanya dia boleh tahan gila. Kalau tidak, takkan dikejarnya Ali dengan parang semata-mata marahkan Ali terpotong pokok bunga kesayangannya.

Konflik muncul satu demi satu. Misteri lama terurai perlahan-lahan. Luka lama kembali berdarah. Namun, tiada luka yang dapat menandingi luka di hati Ali bila terpaksa akur bahawa hatinya mula mencintai Zara Aireena, tetapi gadis itu pula merupakan tunang abang kembarnya!


Tonton Online Drama Sang Pewaris Ep 1 hingga Ep 13 (akhir)



Drama Sang Pewaris Ep 1

Drama Sang Pewaris Ep 2

Drama Sang Pewaris Ep 3

Drama Sang Pewaris Ep 4

Drama Sang Pewaris Ep 5

Drama Sang Pewaris Ep 6

Drama Sang Pewaris Ep 8

Drama Sang Pewaris Ep 9

Drama Sang Pewaris Ep 10

Drama Sang Pewaris Ep 11

Drama Sang Pewaris Ep 12

Drama Sang Pewaris Ep 13


Lagu Tema /OST


Drama Sang Pewaris juga boleh ditonton semua episod secara percuma di wetv.vip atau melalui aplikasi WeTV yang anda boleh download di Apps Store atau Plays Store.


Artikel berkaitan: