Kenali 26  Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021 | Sungguh tak sangka, diam tak diam sudah 15 tahun saya menulis di blog bermula dari platform percuma sweetsourleyra.blogspot.com kemudian di daftar atas domain umifuzy.com tapi entah apa yang masalahnya domain berusia 2 tahun  tersebut tidak dapat di renew maka ternoktah sudah domain tersebut. 

Blogger Malaysia
Kenali 26  Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021



Sebenarnya sejak tahun 2017 saya sudah mendapat side income dengan menulis artikel tapi disebabkan punyai kerja hakiki, saya tidak berapa beria-ia kerana tugasan dalam industri pelancongan yang sibuk dengan sales & marketing serta operation cawangan dan tidak mahu mencuri waktu kerja hanya untuk mendapat wang tambahan, jadinya saya tetap menulis sekadar untuk suka-suka.

Alhamdulillah blog iamfuzy.com kini mampu menjana pendapatan sejak saya berhenti kerja pada Ogos 2019 walau tidak sebesar mana tapi seronok sebab hasil titik peluh yang cukup berhasil. Paling penting kita perlu fokus, belajar dan memperbaiki entri lama dan dengan tambahan ilmu yang saya dapat dari Google dan Bite Media, saya boleh tersenyum bangga dengan pencapaian diri sendiri dan kini blog sweetsourleyra.blogspot telah berubah dan dengan domain dapursweetsourleyra.com yang hanya menumpu niche masakan  #tukangmasakamatur dan kot-kot la korang buntu nak memasak apa hari ni, jengah je kat situ..heee

Terima kasih buat awak semua yang sudi menjengah, memberi komen kat blog yang penuh dengan  pelbagai cerita dari masakan ke pengalaman saya dalam industri pelancongan, kerjaya, percutian, kisah anak-anak, pengalaman sebagai secretary untuk syarikat multinational dan tak terkecuali tips blogging pun ada.


Jom kita kenali 26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021

Kalau diikutkan memang ramai Mommy blogger Malaysia tapi saya cuma buat secara random saja dan mungkin kalau ada kelapangan saya akan kongsi lagi senarai mommy blogger Malaysia terkenal yang mana mereka adalah penulis blog paling banyak dikunjungi setiap hari dan blogger terkenal Malaysia.


1. Blogger mom : Siti Awadah

Mommy blogger yang lebih mesra dipanggil Awa atau sis Awa mula menulis blog sejak 2017 ni berasal dari Kedah dan kini bermastautin di Kelantan di negeri asal suaminya.  Seorang ibu yang cukup sibuk dengan 6 orang anak, sama sibuk menguruskan Bite Consultant yang berkongsi tips penulisan untuk menjadi pendapatan sebagai penulis blog. Awa adalah pengasas Bite yang berdaftar dan hingga kini terdapat lebih 100 blogger menaungi Bite Media yang mendapat ilmu penulisan yang mampu menjana pendapatan dari Adsense.

Blog : www.sishawa.com


2. Mommy Blogger Ardini Humaira

Ibu kepada 2 orang cahaya mata ini minat menulis sejak zaman sekolah, buat blog sekadar suka suka macam diari awal 2008, serius berkecimpung dalam bidang blogger sejak 2010. Lebih mesra dipanggil Dini, berhenti kerja untuk menjadi surirumah sepenuh masa ketika mengandung anak kedua.  Mommy blogger yang punya pengalaman keguguran sebanyak 5 kali sebelum kelahiran anak kedua ini pastinya banyak cerita yang dikongsi untuk dimanafaatkan.

Blog :  www.ilhamdini.com


3. Mommy Blogger Nabiha Mohd Mashut 

Mommy blogger yang berasal dari Johor dan menetap di Port Klang ini sudah menulis blog bermula tahun 2006, Bie Mohd juga dikenali dengan nama CikBie telah mula  berblogging bermula dengan perkongsian sebagai BRIDE-TO-BE, hingga MAMA-TO-BE kepada 3 orang cahaya mata yang masih suka dengan aktiviti DIY bersama keluarga dan anak-anak untuk menjimatkan kos. Sekaligus memberikan inspirasi kepada ibu bapa diluar sana yang sedang mencari idea untuk aktiviti DIY (hari jadi, akikah,dll) untuk anak-anak mereka.

Blog : www.biemohd.com


Baca 25 Best Malaysia Mommy Blogger 2020


4. Mommy Blogger Mrs Pip 

Emphi Yap, mommy kepada 3 hero (Amin, Iman dan Nami) lebih dikenali sebagai Mrs Pip, berasal dari Kota Kinabalu dan kini menetap di Pekan Membakut sejak tahun 2017. Beliau dulunya seorang  jurutera QAQC dan selepas melahirkan anak pertama pada tahun 2013, beliau menjadi suri rumah sepenuh masa. Mula menulis sejak 2015, Mrs Pip  suka layan KDrama bermula dengan blog sukasukasurirumah.blogspot.com dan bertukar ke domain pada Ogos 2017.

Bermula dengan menulis blog secara suka-suka, Mrs Pip ni masih tak jemu belajar ilmu blogging dengan belajar memperbaiki konten artikel mengikut apa yang disukai Google. Masih bekerja keras untuk menaikkan pageviews dan trafik blog katanya

Blog : www.mrspip.com


5. Mommy Blogger : Lea Razali 

Ibu kepada 2 anak ini merupakan surirumah sepenuh masa ini mula menulis blog pada tahun 2013 dan semakin aktif berblogging untuk menjana pendapatan melalui blog.  Blog Lea Razali banyak berkongsi resipi, travelog, info-info kesihatan dan panduan blog.

Blog : www.eksplorasilea.com


6. Mommy Blogger :  Azlinda  

Mommy Blogger Azlinda atau lebih mesra dipanggil Alin atau Linda, ibu kepada 3 cahaya mata dan punya kerjaya sebagai financial consultant AIA dan menulis di blog sebagai hobi sejak tahun 2012. Mommy blogger yang sangat mementingkan keluarga dengan menghabiskan masa lapang dengan pelbagai aktiviti bersama keluarga. Ada beberapa kali berjumpa dengan blogger mommy yang putih ni yang cukup peramah.

Blog : www.azlindaalin.com


7. Mommy Blogger : Syu

Mommy blogger yang cantik dan peramah ni cukup mesra dipanggil Syu atau Mamy Syu ni punya 3 orang anak iaitu Naufal, Nufael dan Hawraa. Mamy Syu yang menetap di Perak ni mula menulis blog sejak tahun 2012 dengan berkongsi pengalaman menjaga anak sendirian kerana PJJ dengan suami selama 9 tahun. Banyak berkongsi tip penyusuan susu badan, review, resepi serta lifestyle sebagai suami isteri PJJ.

Blog : annursyuhadah.com


8. Mommy Blogger : Alia Farhan Said 

Mommy blogger Penang ni sudah menulis blog sejak 2008 merupakan mom of 2 princess. Suka memasak, travelling yang menjadi antara kandungan blognya.  Alia Farhan mula berblog untuk suka-suka dan meluahkan perasaan dan stress masa belajar dulu-dulu

Blog : www.aliafarhan.com


9. Mommy Blogger : Wan Rokiah (Wawa) 

Mommy blogger yang menjana pendapatan bersama Shaklee dan adsense ini mula menulis sejak May 2020. Ibu kepada seorang anak dan surirumah sepenuh masa ni merupakan seorang youtuber @wanrokiahwanismail & @vitaminwawa.

Blog : www.mommywawa.com


10. Mommy Blogger : Chaza Xiaojie

Lebih mesra dipanggil cx ni merupakan mak kepada 3 cahaya mata, menetap di Melaka ini telah mula menulis blog sejak June 2011. Beliau suka sangat menulis sejak kecil dan berazam sejak muda untuk dapat bekerja dari rumah sambil mendidik sendiri anak membaca dan mengaji

Blog :  www.cxopportunities.com


11. Mommy Blogger : Nurul Aleya 

Mommy blogger dari Johor ini mempunya seorang cahaya mata ini sudah lama sudah 10 tahun menulis di  blog www.secantikmanis.com. Selepas tamat pengajian, mula bekerja blog pun semakin tertinggal. Tetapi minat menulis sentiasa ada, cuma tiada masa. Bila mula berpindah ke JB, terus menyertai JDT blogger dan buat blog baru. start baru dengan niche lebih kepada mommy blogger dan resepi. 

Blog : www.apakatamommy.com


12. Mommy Blogger : Nora (ummizarra)

Mommy blogger yang cantik manis ni menamakan blog sempena nama anak perempuannya Izarra dan kini telah pun mempunyai 3 orang cahaya mata termasuk Zarra. Lebih mesra dikenali sebagai Nora, penulis blog separuh masa ni mula menulis di blog bermula 2008 sekadar untuk suka-suka dengan update kisah peribadi, madah, dan macam dairy, dan sekarang banyak entri pelbagai perkongsian. Blogger mom yang manis dan sentiasa tersenyum ni sekarang berpindah ke Negeri Sembilan jadi tak tahu bila boleh bersua lagi.

Blog ummizarra ni berkongsikan tentang resepi, parenting, petua, travel dan banyak lagi. Perkongsian bersama keluarga sebagai ibu juga isteri.

Blog : www.ummizarra.com


13. Mommy Blogger : Ciktom  

Full time mommy blogger dari Johor ni merupakan ibu kepada sepasang cahaya mata ini mula menulis  sejak tahun 2010.  Mula menulis blog dengan pelbagai perkongsian serta tips, tutorial blogging dan cara buat duit online dan kini lebih banyak create awareness pasal parenting, homeschooling dan emas sebagai hobi 

Blog :  www.ciktom.com


14. Mommy Blogger : Yaya Azura

Blogger mom yang mula menulis blog sejak Jan 2020 ini  merupakan ibu kepada 2 orang anak lelaki. Mommy blogger yang mulanya membuat blog sebagai diari menceritakan hal anak-anak dan kemudian mula menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan. 

Blog : www.yayaazura.com


15. Mommy Blogger : Rozita

Mommy blogger yang merupakan ibu kepada 5 cahaya mata ini telah mula menulis di blog sejak tahun 2008. Seorang penulis blog separuh masa dan bekerja sebagai pegawai veterinar di sektor kerajaan dan kini menetap di Johor. Dr Rozita ini  suka membaca dan menulis sejak dari zaman sekolah, menulis blog bermula sebagai hobi,  menulis semua cerita pengalaman hidup, kisah suka memasak dan mencuba resepi baru, pengalaman membesarkan anak-anak terutamanya melibatkan penyusuan susu ibu dan penyakit yang dihadapi anak-anak, suka juga berkongsi kisah travel dengan perkongsian tempat yang diinap semasa bercuti,  tempat makan best dan tempat menarik untuk dikunjungi. 

Blog : www.ceritaita.com


16. Mommy Blogger : Bonde Zaidalifah 

Blogger mom yang peramah dengan seorang cahaya mata ini cukup mesra dipanggil Bonde, telah mula menulis sejak tahun 2010. Menulis Blog adalah separuh masa mengenai lifestyle travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan dan juga fesyen.

Blog : www.bondezaidalifah.com


17. Mommy Blogger : Meksah

Blogger mom dari Terengganu ni mempunyai seorang cahaya mata lelaki ini merupakan blogger separuh masa dan bekerja dalam bidang Essential Services. Dia mula menulis blog sejak Jun 2020 dan suka berkongsi informasi dan pengalaman.

Blog : www.meksah.com


18. Mommy Blogger : Fadzi Razak 

Mak kepada 2 lelaki (Aneeq dan Anas) yang full time housewife menulis berkisarkan lifestyle dan parenting dan seorang penulis upahan (ghostwriter) yang cukup berpengalaman. Penulis yang cukup peramah ini telah berhijrah ke Sydney, Australia akhir tahun 2020 dan kini sering berkongsi pengalaman tentang kehidupannya sekeluarga di facebook.  Semoga Fadzi dan keluarga selamat dan sentiasa sihat diperantauan.

Blog : www.fadzirazak.com


19. Mommy Blogger : Maesarah  

Mama anak 3 yang mula menulis sejak 2007 asalnya menulis blog sekadar suka suka dan update tentang penyusuan anak, then jadi blog bisnes kejap dan berkongsi tentang aktiviti seharian dan sekolah juga menyelitkan kisah-kisah yang dilalui sebagai ibrah buat diri dan juga pembaca serta perkongsian tentang tempat-tempat menarik yang dikunjungi

Empunya blog dengan niche parenting, eduction dan lifestyle ini juga adalah Guru pendidikan Islam sejak tahun 2014 pernah mempunyai beberapa buah blog bisnes tetapi 2019, membuat keputusan menutup semua blog tersebut dan mulakan langkah baharu dengan blog ini. 

Blog : www.mysarahstories.com


20. Mommy Blogger : Atul Hamid 

Mommy Blogger yang menetap di Perlis ni yang telah mula berblog sejak Sept 2016 ni juga merupakan Pengedar Shaklee  sepenuh masa sejak 2013.  Beliau yang berasal dari Perak ni mempunyai sepasang cahaya mata berkongsi menulis blog berkaitan business, kecantikan, kesihatan, lifestyle, dan personal.

Blog : www.atulhamid.com


21. Mommy Blogger : Zaza Azman 

Mommy blogger yang menggelarkan dirinya Mama monsta dengan dengan sepasang  anak monsta ini sebenarnya telah lama menulis dan berhenti menulis tapi beliau kembali menulis pada Januari 2020 selepas 12 tahun. Zaza Azman merupakan surirumah sepenuh masa dan menulis blog lifestyle berbahasa Inggeris dan gemar berkongsi perkembangan anak-anaknya.

Blog : www.zazaazman8.com


22. Mommy Blogger : Marina Bashah 

Mommy blogger berasal dan menetap di Perak ini yang meminati dunia penulisan bermula dengan menulis diari semasa alam persekolahan dan telah mula berblog sejak tahun 2010 secara separuh masa dan kembali aktif menulis pada tahun 2019.. Marina punyai 3 perempuan, bekerja sebagai Planning Engineer sepenuh masa  ini menulis pelbagai topik gaya hidup dan keibubapaan serta  berkongsi percutian keluarga, berkongsi tempat makan, berkongsi resepi dan banyak lagi.

Blog : www.marinabashah.com


23. Mommy Blogger : Aida Hanafiah 

Blogger mommy dari Johor dengan 3 cahayamata ni telah menulis blog selama 11 tahun 9 bulan dan masih bekerja dan menjadi penulis blog secara separuh masa dengan berkongsi kisah hidup berkeluarga, aktiviti keluarga, bercuti ke sana ke sini, dekorasi dan susun atur rumah serta isu semasa. Kata Aida, dia suka menulis blog kerana ia satu cara meluahkan rasa dan idea dari kacamata seorang wanita, ibu dan isteri.

Blog : www.adianiez.com


24. Mommy Blogger : Siti Rohaida 

Mommy blogger berasal dari Johor yang aktif ni juga Umi kepada 2 orang anak perempuan yang telah berblogging selama 11 tahun sejak tahun 2010. Blogger Ida ni berkongsi cerita tentang kekeluargaan, kecantikkan dan dirasakan bagus untuk  dikongsi disamping menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan.

Blog : www.kisahsidairy.com


25. Mommy Blogger : Norhana Rosmida 

Hana, ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger ini telah mula menulis sejak tahun 2017, wow dah 14 tahun menulis sejak zaman University dan rajin berkongsi resipi, travel dan anak-anak. Mommy blogger ini juga seorang Young Living Distributor dan kerap berkongsi  pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.

Blog : www.hannamaruku.com


26. Mommy Blogger : Sharina Elyana (opzzpinky) 

Saya mengenali secara maya mommy blogger dari Negeri Dibawah Bayu ni yang lebih mesra di panggil Sha ni sebelum dia berkahwin dan kini telah menjadi ibu kepada sepasang anak (edan eshal). Sha telah mula menulis sejak Sept 2010 yang dulunya blog tempat meluah, sekarang blog dengan niche Lifestyle ini  jadi tempat menjana pendapatan dengan berkongsi ilmu, pengalaman sebagai ibu dan pelbagai tips.

Blog : www.opzzpinky.com


Senarai hanyalah sebahagian mommy blogger Malaysia yang aktif malahan mereka juga adalah top mommy blogger popular Malaysia dengan mendapat carian serta blog paling banyak dikunjungi. Menariknya bila berada dalam circle yang positif dan saling support sesama kami dan diharap mommy blogger Malaysia ini boleh menjadi inspirasi pada mereka yang mula berjinak-jinak dalam menulis blog.