Garis Masa Concert Raihan 26 Nov 2022 Nostalgia Kegemilangan Nasyid | Kumpulan Nasyid Raihan telah mendominasi pasaran hiburan tempatan sekitar tahun 90-an dan masih kekal relevan hingga ke hari ini. Konsert yang bakal berlangsung pada 26 November ini boleh disifatkan sebagai epik menerusi Garis Masa Concert Raihan bagi  merayakan perjalanan penuh liku kumpulan Raihan yang sudah melewati usia 25 tahun.



Raihan, seperti namanya membawa maksud tumbuhan harum atau bunga syurga, memperjuangkan irama nasyid dan lagu-lagu mereka seperti Iman Mutiara, Syukur Alhamdulillah, atau 25 Rasul sangat mudah untuk diingati dan tidak sukar untuk dihafal bait-bait liriknya yang cukup dekat pada kita baik dari dulu hingga kini.


Garis Masa Concert Raihan 26 Nov 2022 Nostalgia Kegemilangan Nasyid


Baru-baru ini, pihak WNS Marketing & Events Sdn Bhd bersama kumpulan Raihan telah mengadakan sidang akhbar di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur bagi mengumumkan Garis Masa Concert - Raihan yang akan diadakan pada 26 November 2022 jam 8.45 malam bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam


Ticket-tiket boleh didapati di https://www.ticket2u.com.my dengan harga RM95, RM110, RM170, RM200, RM250, RM300, RM350, RM450 dan RM500 dan harga tiket bagi anak-anak berusia bawah 12 tahun adalah RM66.50,  RM77, RM119, RM140, RM175, RM210, RM245, RM315 dan RM350 


Album debut kumpulan Raihan dengan judul Puji Pujian telah terjual sebanyak 750,000 unit dan sehingga kini tiada rekod penjualan daripada artis tempatan lain yang dapat memecahkan rekod tersebut.


Garis Masa Concert Raihan 26 Nov 2022 Nostalgia Kegemilangan Nasyid

Pencapaian kumpulan Raihan yang kini dianggotai oleh Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibr terus mendapat perhatian daripada peminat muzik di seluruh pelusuk dunia. Bukan hanya negara Asia seperti Hong Kong, Kuwait, Dubai, Thailand dan Syria, muzik Raihan bergema dan disanjungi sehingga ke Eropah, Amerika Utara sehingga ke benua Afrika.

Garis Masa Concert Raihan 26 Nov 2022 Nostalgia Kegemilangan Nasyid


"Garis Masa Concert - Raihan akan membawa kita kembali ke zaman kegemilangan mereka dan menghidupkan semula nostalgia serta fenomena alunan nasyid yang pernah menjadi kegemaran peminat muzik di Malaysia.


"Sebagai kumpulan yang telah mencipta pelbagai sejarah dan rekod serta menerima pengiktirafan, kami percaya Garis Masa Concerta- Raihan mampu menarik orang ramai untuk menonton konsert mereka, malah ia akan menjadi sebuah persembahan yang lain dari biasa peminat saksikan"


"Raihan membawa mesej kebaikan sepanjang zaman.  Setiap agama mengajar tentang kebaikan dan mengajak kepada kebaikan.  Saya percaya bahawa muzik juga salah satu dorongan kepada kebaikan. Dan Raihan sudah membuktikan dari tahun 90an merentas 6 benua dari dulu hingga kini.  Mereka malah pernah membuat persembahan di hadapan Queen Elizabeth dengan menyanyikan lagu nasyid. Malahan lagu-lagu dan persembahan mereka merentas hingga ke Dubai, Afrika, Rusia dan banyak negara lagi "  Jim Liew - penganjur mewakili WNS Marketing & Events Sdn Bhd


Menurut Jim Liew, judul Garis Masa diambil kerana dirasakan sesuai dengan 'timeline' untuk mereka yang sudah mendengar lagu-lagu Raihan sejak kecil hingga sekarang, malahan muzik Raihan didengar dan dinikmati oleh pelbagai bangsa dan agama.


"Kawan-kawan Melayu  kalau mahu berpuasa akan dengar lagu niat puasa dari Raihan. Saya teruja bila rekod Raihan mampu terjual hingga 800,000 unit dan masih belum dipecahkan. Walaupun artis sekaran gmendapat berjuta-juata view, belum tentu dapat mengatasi perjalanan garis masa Raihan" tambah Jim Liew dengan yakin dan syukur.


Garis Masa Concert Raihan 26 Nov 2022 Nostalgia Kegemilangan Nasyid

Persembahan Raihan dalam Garis Masa Concert - Raihan akan mengambil masa sekitar 90 minit dan bermula jam 8.45  malam akan menyaksikan Raihan mengalunkan untaian hit mereka termasuk Puji-Pujian, Iman Mutiara, Sesungguhnya, Thank You Allah, 25 Rasul, Syukur, Bismillah dan Senyum.


Mendengar seleksi judul lagu yang diberikan pun membuat banyak peminat Raihan memutar nostalgia terhadap kehebatan alunan muzik kumpulan nasyid ini yangt tidak berlebihan tetapi cukup mengasyikkan.


Che Amran, mewakili Raihan melahirkan rasa bersyukur kerana di sebalik banyaknya lambakan konsert, kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1996 ini akan ikut menyemarakkan suasana dengan nuansa muzik nasyid kebanggaan mereka.


"Kami sangat bersyukur kerana ikut berpeluang melakukan Garis Masa Concert - Raihan dalam pada masa kini kebanyakan peminat mungkin sedikit kurang mendengar lagu-lagu nasyid sepert sekitar akhir tahun 90-an."


Semoga peminat Raihan yang sedia ada boleh menggamit nostalgia dan peminat baharu mengenali gaya muzik Raihan yang kali ini akan muncul dengan pelbagai instrumen dan akan menjadi sesebuah senit itu keengaran indah di samping membina kenangan baru diantara Raihan dan peminat semua.