Perkahwinan adalah penyatuan seorang lelaki dan seorang perempuan selepas melalui fasa bercinta, atau juga jodoh yang diatur hingga ke fasa menjadi halal dengan harapan dan niat untuk bahagia hingga ke akhir hayat. Setiap perkahwinan akan diduga dan bagaimanakah kita mampu menghadapi dugaan dalam perkahwinan dan membina persefahaman bergantung kepada sikap setiap pasangan dengan menghindari 6 "silent killer" dalam perkahwinan.



Kenali 6 'Silent Killer' Dalam Perkahwinan 

Silent killer, kehadirannya tidak disedari, tidak diingini namun memiliki impak yang akan menghancurkan perkahwinan yang dibina tidak kira berapa lama usia perkahwinan tersebut.  Menurut Dr. John Gottman silent killer ini tidak akan dapat dilihat tapi akan dirasai oleh pasangan dan jika sudah terjadi, rumahtangga akan berantakan, jadi pastikan anda mengubahnya sebelum terlambat!

Baca : Tip bagaimana untuk semarakkan cinta buat pasangan suami isteri


Kaum lelaki yang bakal digelar suami atau anda yang sudah bergelar suami, sila hindari dan jauhi kerana kesannya kepada kehidupan bahagia yang anda sedang nikmati.


1. Silent socializing 



Berinteraksi secara diam-diam dengan berlainan jantina, contohnya berhubungan melalui media sosial dengan sapa menyapa, puji memuji kemudian bermesej secara personal, langsung bercerita kisah dan masalah yang awalnya hanya masalah biasa tapi direka hingga kedengaran lebih menarik. Innteraksi semacam ini akan menjurus kepada kecurangan.


Jangan cuba-cuba mengetuk pintu kecurangan!


Allah SWT melarang lelaki mahupun perempuan untuk mendekati zina “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)” (Surah al-Isra’, 17:32)

 

2. Silent nights



Tidur sekatil tapi tidur dalam keadaan sepi tanpa ada pillow talk atau aktiviti 'fore play' rutin kerana masing-masing sudah penat atau pasangan tidak suka berbicara dan diajak berbual.


3. Silent scrolling


Tangan tidak lekang ralit dengan scrolling telefon bimbit ketika duduk berdua atau makan bersama atau  ketika di bilik tidur. Cubalah letakkan telefon bimbit anda ketepi dan lebih fokus pada pasangan sambil menikmati makanan ataupun ketika duduk berbual tentang aktiviti harian pasangan anda.

 

4. Silent solidarity



Setelah bernikah dan, kemudian punya anak, selalunya pasangan  sudah kurang ambil peluang untuk berduaan atau berdating, padahal tidak kira berapa lama usia perkahwinan, atau sibuk dengan anak-anak, setiap pasangan harus merawat dan refresh cinta dalam pernikahan. 

 

5. Silent spending



Menggunakan wang di luar bajet keluarga yang sudah ditentukan secara sembunyi untuk membeli barangan yang tiada keperluan atau memberi sejumlah wang kepada orang lain tanpa memberitahu pasangan hingga menimbulkan pertelingkahan.


Bukan tidak boleh tapi sebagai menghormati pasangan, sebaiknya anda telus dan tidak sembunyi apabila kena mengena dengan kewangan kerana keperluan keluarga seharusnya jadi perkara utama.

 

6. Silent sloth



Tugasan rumahtangga dipertanggungjawabkan kesemuanya keatas si isteri baik di segi membeli barangan dapur dan tugasan di dapur, pakaian dan  keperluan barangan dalam rumah juga dilepaskan atas bahu si isteri kerana sebagai suami anda merasakan tugas mencari wang sudah memadai. 


Urusan domestik bukan hanya tugas isteri tapi, idealnya, suami dan isteri saling bekerjasama dalam hal ini.


Kesimpulan

Dalam sesebuah perkahwinan perlu ada kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan serta sikap toleransi bersama untuk memastikan rumahtangga yang dibina bahagia kerana kita berkahwin untuk bahagia dan membahagiakan pasangan. 

Setiap pasangan akan diduga dengan masalah kewangan, masalah keluarga atau orang ketiga yang tidak senang dengan kebahagiaan kita tapi masalah tidak akan berlanjutan bila kita cuba hindari dan jauhi 6 silent killer ini, InsyaAllah rumahtangga akan berjaya mengatasi badai dugaan.