Alhamdulillah, bertambah lagi ahli keluarga Kak Uda dengan termeterainya ikatan pernikahan Asri, anak Kak Uda yang kedua pada 13 September lalu di Sungai Petani.
The Journey
Trip kali ni hubby tak ikut serta sebab dia dan Is (menantu) dah lama confirm untuk memancing kat Teluk Batik, begitu juga dengan Ayong Azmer yang tak ikut sama. Jadi tugas dia jaga kucing kat rumah, bersihkan najis, bagi makan kucing, antara tugasan yang dah dipersetujui dengan Cik Meya.
Kami bertolak dalam 7.45 pagi sebab nak elak bersesak dalam jem tapi masa tu cuti sekolah kan, memang tak boleh nak buat apa.
Mujur driver (Angah Ammar0 ni expert pasal jalan, jadi kami lalu Sg Buloh, ikut jalan lama lalu depan Selangor Fruits Valley, lalu Tg Karang dan ikut WCE. Memang kematu montot sebab jalan jem, mujur ada ramai passenger yang nak buat toilet stops.
Habibi yang nak ke Teluk Batik pun terjebak dengan jem juga dan kami yang bertolak awal pagi sampai ke Butterworth jam 6.30 petang, selain banyak stop over untuk lega pinggang dan buang air.
Kami singgah kat BHP Simpang Ampang Semanggol dan teruja dengan bilik air kat kedai pam minyak ni yang dihiasi cantik dan bersih.
Singgah Nasi Kandar Tepi Laut
Dan kami singgah lagi kesini sebab tak sanggup nak masuk ke pulau sebab sesak tapi nak makan nasi kandar tapi kali ni ada pertambahan ahli kecuali Ayong.
HM Homestay Sungai Petani
Dah dekat dua minggu juga nak cari penginapan kami sebab fikir kot-kotlah hubby tak jadi memancing, jadi tu yang ditangguh. Buka Agoda, tak jumpa pula homestay jadi fikir nak ambil tempah hotel je, ambil family room tapi tak de la pulak.
Pastu check kat FB, buat carian homestay Sungai Petani dan wallah, jumpa 3,4 homestay. Mostly dah ada yang dah tempah tapi nak jadi rezeki, ada kekosongan di HM Homestay (Semi-D). Owner tu bagitau boleh check in lewat sebab guest dia keluar lewat.
Informasi Homestay
Homestay semi D ni hanya untuk Muslim sahaja. Okay la kan sebab kami Muslim dan harga semalam RM180 sahaja.
Time Check In:- 3 Petang
Time Check Out:- 12 Tengahari
Ruang tamu yang luas dan selesa ni dilengkapi dengan penghawa dingin dan kipas. Set tv dengan Astro Njoi dan ada ruang meja makan yang mengadap dapur yang kemas dan ada 1 tandas dan 1 bilik mandi kat ruangan ni.
- Bilik Utama Katil Queen dengan aircond serta kipas syiling lengkap dengan bilik air dan water heater
- Bilik ke 2 katil Queen +AIRCOND + kipas
- Bilik ke 3 Katil queen + Kipas
Umi dan Angah tidur di rumah tamu je jadi bilik ke 3 tu dibiarkan kosong. Sebenarnya umi ni penakut tambahan pula rumah semi D ni luas dan alang-alang Angah tak nak tidur di bilik, umi join la dia.
Kelengkapan tambahan - Toto, Bantal tambahan, sejadah, dan tuala mandi, iron board and seterika, mesin basuh dan sabun dan memang puashati dapat menginap di sini dan sesuai untuk keluarga besar sebab kawasan dia tenang.
Deposit pun cuma RM50 sahaja dan baki sewa (RM130) kami bayar sebelum daftar masuk. Sewa RM180 sahaja. Alhamdulillah dengan rezeki
Kalau sesiapa nak tempah boleh contact En Hamdi di
No 397 Jalan Kenanga 7/5, Ambangan Height, 08000 Sg Petani, Kedah.
13 Sept - Sarapan Pagi
Singgah Aman Jaya Mall
Resepsi
Asri dah sah jadi suami pada Amni pada hari Sabtu (hari yang kami bertolak dari KL) dan kami pula datang untuk meraikan pengantin bagi pihak keluarga lelaki





.jpeg)









.jpg)

1 Comments
Selamat pengantin baru buat kedua mempelai. Semoga berpanjangan jodohnya hingga akhir hayat.
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!